Selamat Datang ke Blog PKBM (U) SMK Telok Air TawarMonkey Icon

Friday, March 4, 2011

PERKHEMAHAN ORIENTASI PKBM (U) 2011

Pada tarikh 4-6 March 2011, pihak sekolah telah mengadakan PERKHEMAHAN ORIENTASI PKBM (U) bertempat di SMK TELOK AIR TAWAR.

Day 1 - Petang
Berat gile beg camping. Bawak barang sikit je, tapi beg je ha besar. Sampai je kat sekolah, daftar name. Yang pergi ni kadet senior and kadet junior. Aku tergolong dalam kadet junior. Hee~ Total 45 kadet junior. Dibahagikan kepade 5 sindiket. Aku masuk dalam sindiket 2. Tapi sebelum start aktiviti ape2, ade spotcheck ! Makanan ringan tak boleh bawak ke camp sebab kalau bawak snack tu ke khemah sekali, takot ade binatang masuk. Ade orang jugak yang bawak, habis kene rampas, orang india terutama nya. Dyeorang bawak pringles, twisties, lagi dasyat nye air coke. Gile betul. Dah cakap, degil. Kan habis ha senior makan. Handphone pon same, tak boleh bawak. Tapi aku bawak jugak, HAHA Monkey Icon Yoyo

Then kadet senior bagi taklimat sedikit tentang keselamatan camp ni. Sebelum pasang khemah, kene nyanyi lagu PKBM dengan 1 ribu. Alamak, lupe la lirik dye -.- Monkey Icons Yoyo


Pasang khemah dekat padang, penghuni nya 3 orang. My partner same kelas, fuhh. Sorang lagi budak form 1. Then pergi solat, pastu makan petang. Kteorng makan nasik dengan lauk gulai daging dan ayam. Aku dapat daging. Waaa..aku tak makan daging la. Tapi makan je lah.
Haa time makan pon kene disiplin tahu tak. Semase duduk dengan makanan ade dekat atas meja, siku kami tak boleh letak atas meja. Entah aku pon tak tahu. Tak sopan kot. Sape letak, kene denda. Huii Monkey Winks

Kawad, mandi, then solat maghrib. Sepatutnya ade Ustaz dtg nak bagi ceramah sekejap, tapi tk jadi pulak. Instead, Korporal Luqman yang jadi penceramah nya. Ade lawak sikit. Cerite pasal freemason kot. Malam tak makan. Then terus ke padang ikut schedule.


Survival ( Ikhtiar Hidup ) - Malam
Ade senior 2 orang ni. Bagi taklimat. Dyeorng ade bagitahu cara-cara untuk hidup di hutan sendirian. Betul ke tajuk dye? Time tu tak beberape jelas kot ape dyeorng cakap. Harap maklum. Dye ade cakap yang kalau nak makan dalam hutan, kene carik bende yang boleh dimakan sahaje, yg tak beracun. Ade byk lagi, tapi lupe lah.
Habis je taklimat tu, ade demo bagaimane nak masak telur separuh masak 3 biji yang diisi air dalam plastik tanpa menggunakan periuk.
1. Korek lubang tanah pasir sampai dalam.
2. Letak bara api dalam lubang.
3. Masukkan telur dalam lubang tadi.
3. Amik rumput, letak ats dye. Then bara api lagi.
Beberape minit kemudian, ha dah siap. Sergeant tu cakap telur tu boleh dimakan dengan air yang dalam plastik nye sekali. Eww?Monkey Icon Cehh. Tu kalau org dah kebuluq sgt dlm hutan baru selera nak makan. Haha :D


Isolation - Burung Hantu - Midnight Monkey Winks
Setiap kadet Junior akan dibawa ke satu tempat yang gelap sorang2 dengan mate ditutup dengan kain ! Ohh at first aku agak takut.Monkey Emoticons But then, naahhhhhh..theres nothing to be afraid la. Orang yang cube menakutkan kite dengan suare menangis, ade orang baling batu jalan tar, bunyi daun semak samun, ade orang bisik kat telinga, bunyi tapak kasut, bunyi pintu diketuk kuat, bunyi kaca pecah..bukan hantu!Monkey Emoticon Kadet senior la yang cube test kite. Ha ade yang sampai menangis, Monkey Emoticon budak perempuan biaselah. Yang lelaki, siap azan lagi, bace surah2. Ade yang bace doa makan. Hahaha, macam nak gelak je time tuh, lawak betul. Okay so dyeorng buat aktiviti ni sebab nak test 'fear' kami, jika kita tetibe sesat dalam hutan and so on.

Habis je isolation, semue dapat minum teh sekejap.Monkey Emoticons Fuhh baru lega sikit, dahla sejuk tadi. Senior pegi karaoke. Monkey Emoticons Syoknye. Junior tak boleh. Pegi tido pukul 2 pagi. Monkey WinksDahla tak mandi, busuk la! -.-'


Day 2 - Morning
Kami kene bangun pukul 5 pagi ! Mandi ? Monkey Icon Tak ! Sejuk la, lagi satu. Sesiape yang siap lambat, kene denda. Pumping. Ade jugak yang kene, keciann Monkey Icon

Solat Subuh
Then dengar ceramah..lagi. Penceramah yang same. Dye cerite tentang orang2 kafir, freemason. Ngantok gile, macam nak baring je kat atas lantai tu. Huii..

Aktiviti KecergasanMonkey Winks
Habis je ceramah terus ke padang, ade aktiviti kecergasan. Exercise pagi2 ! Haa baru la badan cergas sikit, mate dah boleh da bukak besar besar, haha. Seronok, lari 1 padang.Monkey Emoticons Pastu lompat la, pusing la, macam2.Monkey Icons

Sarapan
Kami sarapan ade pilihan. Bihun atau mee :D

Kawad Kaki Monkey Icon
Then pergi kawad dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 10 pagi. PENAT !! Sambil kadet junior buat kawad, kadet senior pon belajar kawad jugak. Smart gile la dyeorng buat.

Lupe nak bagitahu, time tu jugak, senior ade decide nak make-up kan muke kadet junior ! Letak paint Buncho warne hijau, kuning, and coklat. Lawa kot, macam askar ha dyeorng solekkan. Tapi perit rase dye, macam kulit aku merekah bile dah lame-lame jemur tengah panas. Monkey Icon

Seperti contoh :




Monkey Emoticon

Aktiviti seterusnya, Kelas Ponco / Medan Masak.
Sergeant ni tunjuk ajar macam mane nak memasang khemah di dalam hutan. Ni bukan khemah yang biase tu, tapi menggunakan ponco. Tahu ponco? Dye macam sejenis baju hujan yang besar yang mempunyai lapisan yang tebal. Baju hujan tu boleh dijadikan khemah. Kalau nak buat khemah, kene ade 2 baju ponco. Satu untuk bumbung nya and lagi 1 untuk pelapik nak tidur. Tak nak gune untuk pelapik nak tidur pon takpe. Capacity nya hanye untuk 2 orang sahaje. Dye cakap lapisan nye, lapisan fibre.
Monkey Icons Yoyo
Cara nak pasang kayu khemah, kene ade kayu yang kuat dan teguh. Kayu panjang dalam 3 meter kot, boleh potong. Kayu tu tak boleh kering sangat sebab takut patah. Kalau lembap sangat, ntah ape jadi pon tak tahu, haha. So care nak sambung kayu tu kene ade ikatan. Ade 3 ikatan yang berlainan. Satu crossing, and the rest, lupe :D


Medan masak pulak, sergeant ni ade tunjuk mcm mane nak masak nasik dalam hutan. Kteorng mane ade gune periuk nasi, kabel n plug pon takde ! Haha. So gune la satu bekas ni, kecik, masak gune api. Senang je :p Then dye bagi lagi satu bekas, untuk masak air. Yalahh, takkan nak minum air kotor kan, air pon kene masak jugak. Tunggu air dalam bekas tu didih, then masukkan uncang teh. Kacau gune kayu stick je. Tak main la sudu sudu dalam hutan nie. Masukkan gulaa, siap sude :)


Selepas nasi dah masak, buat ape? Takkan nak makan nasi kosong je kan? Lauk nya kteorng panaskan dalam air didih. Macam pelik je? Lauknya ade dalam paket la. Name dye rensum tempur. Ade lauk sotong, and sosej pe bende ntah. Boleh la, sedap la jugak. Tapi aku tak suke makan sotong, then tak lalu, sebab nasi nya lembik :D




So dalam gambar nie, korang ade rase macam nak makan tak? Structure nasi itu, lembik. Letak air banyak sangat la. But like I said, kami kadet semue tak makan ape lagi, dan time tu dah tengah hari, dyeorng semue sanggup makan ape saje, seperti makhluk makhluk di bawah ini...



Monkey Icons Yoyo
Muke-muke kebuloq ~ SEDAPPP

Then petang tu pulak ade kene latih berlakon, hadoiyy. Malunya nanti, dah la kene buat atas pentas. Setiap sindiket kene buat.

Malam Kebudayaan
Selepas tibanya aktiviti yang dinanti nantikan, tandas perempuan penuh, sampai beratur nak mandi. Hai, sesaknya dalam tu. Yalahh, mesti la nak bersih bersih, seharian tak mandi, berpeluh pulak tu. Sape yang lalu sebelah mesti pengsan.
Monkey Winks
Selepas habis solat maghrib, kene beratur kat depan surau. Time tu kami semue pakai baju yang cantik cantik, kene pakai baju kurung atau pon yang lelaki pakai baju melayu/kemeja.
Monkey Icon
Kadet lelaki semue kene denda sebab buat bising n main main dalam surau, haha kecian.

Dinner, makan chicken chop! Sedappp ~ Then bermula la babak lakonan sampai pukul 12 malam. Habis berlakon, ade karaoke. Cikgu Rahman turut menyanyi, tak sangke, haha. Merdu kot ~
Monkey Icons

Next schedule, kami semue terus berlari ke padang ! Mule mule ingatkan lari nak masuk khemah pergi tidur, sebab time tu dah memang takde tenage dah, macam nak pengsan, tengok tengok ade lagi aktiviti. Huaaaa ..
Monkey Emoticon

Day 3 - Pagi
Seperti biase, bangun awal pagi. Pakai balik baju pj semalam punye. Ergh. Tapi malam tadi lain pulak, kadet yang lain semue terpakse tido kat dalam kelas 1 USM, sebab hujan lebat tadi. Best sangat, sejuk je.
Monkey Icon
Habis sarapan, kemas beg n barang barang sebab hari nie hari yang last. Pastu kene bersihkan kawasan padang tu, kutip sampah sampah. Then kene pergi ke pantai molek pulak, sebab ade budak tadika datang nak sambut kot. Ntah, lupe la pulak. Semue orang kene lari dari padang sekolah keluar kat gate then trus ke pantai molek, non stop pulak tu. Hadoii, tapi best tau. Semangat gile. Sambil sambil tu nyanyi la lagu PKBM n 1 ribu nak bagi kekuatan sikit, acceh :D

Erm, nantilah sambung lagi, penat la :D